Tuesday, 24 April 2012

UMNO, Menteri, Artis Dan Skandal

Ping Blog
Bertemu kembali selepas beberapa bulan menyepikan diri. Terlalu banyak isu kebelakang ini yang melibatkan UMNO BN, sudah tentu terhadap pemimpinnya.

Baru minggu lepas bala menghempap batang tubuh UMNO dimana berita skandal seorang menterinya bersama seorang artis tanahair. Isunya kita tidak peduli dengan skandal tersebut tetapi kerana ingin berdamping dengan manusia bernama artis menteri tersebut dikatakan sanggup mengeluarkan wang bujuk-rayu mencecah RM1.5 juta dalam tempoh empat bulan bermula daripada Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Tiada sebarang komen daripada menteri tersebut sehinggalah dalam tempoh empat hari menteri berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa berita tersebut tidak benar dan menggugut pula akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang mengeluarkan cerita tersebut. Artis tersebut pula melayani twitter sambil menafikan berita tersebut. Ada kata-kata artis tersebut meminta masing-masing menjaga kain masing-masing. “Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” Baru-baru ini artis tersebut mahu juga mengambil tindakan undang-undang terhadap orang-orang yang menyebarkan berita ini.

Puak budak-budak blogger UMNO bersilat dan bertaici untuk menolak berita ini. Macam-macam alasan diberikan dengan mengatakan artis telah berkahwin dengan menteri di Londan dan sebagainya. Tetapi artis tersebut menafikan bahawa beliau sudah berkahwin. Terkantoi.

Media penjilat najis tidak menyiarkan berita ini, kecuali Mingguan Malaysia dalam sisipan hiburannya memberi ruang yang kecil melaporkan seorang artis terlibat dengan VVIP dengan menerima wang RM1.5 juta. Cuba skandal ini terjadi di pihak pakatan rakyat, kita percaya tempoh sebulan sehari semalam tidak cukup untuk diputar oleh mereka. Syukur.

Dalam blog-blog pencinta kebenaran, banyak yang melaporkan nama menteri dan artis terlibat tanpa berselindung. Dilaporkan siapakah nama isterinya, bapa mertuanya dan sebagainya. Terperanjat rakyat Malaysia apabila mengetahui siapa bapa mertua kepada menteri berkenaan. Masha Allah. Menggeleng-gelenglah kepala mereka. Hanya terkeluar dari imulut mereka ‘patutlah’.

Ada diberitakan seorang menteri telah mengeluarkan kenyataan mentakan PAS ialah Parti Ajaran Sesat.  Kenyataan ini sama yang  dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Pas Parti Ajaran Sesat.  Mungkin perkataan ini atau doa jemaah PAS termakbul.

Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Kaya. Tuhan tidak membalas sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh manusia dengan kadar bersegera. Begitu juga doa insan kepada Allah SWT juga tidak disegerakan. Sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh misalnya bapa atau mertua tidak dijatuhkan kepada bapa atau mertua tersebut, mungkin akan dirasai oleh anak atau menantunya. Itulah kehendak Tuhan, Kalau Allah kata Kun FaYakun maka jadilah.

Kepada menteri berkenaan tentulah dalam kesugulan. Bagaimana menghadapi orang kawasannya, penyokong UMNO, orang-orang dalam parti, Kabinet. Lebih-lebih lagi anak isteri. Sabarlah bang kalau tidak manjadi menteripun tujuh keturunan abang tidak merempat dan tidak kebulur. Sabarlah menghadapi dugaan Allah. Teruskan niat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembawa cerita. Begitu juga artis terlibat mahu mengambil tindakan undang-undang.

Bulan Mac lepas artis tersebut telah membuat laporan polis terhadap seorang pemandu peribadinya yang dikatakan membawa lari wangnya berjumlah RM200,000. Memandangkan perlu mempertahankan diri maka pemandu berkenaan membuat laporan balas menafikan tuduhan artis tersebut terhadapnya. Maka terjadilah karana nila setitik rosak susu sebelanga. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Maka terbarailah semua cerita skandal yang dijaga rapi kini meletup seperti gunung mengeluarkan lava dan debu yang menyumbang kepada kerosakan kepada alam sekitar dan kesihatan.

Berita ini dipanjangkan lagi oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Sivarasa berserta dengan transaksi kewangan RM1.5 juta tersebut. Tidak langsung menyebut nama menteri dan aris berkenaan. Mereka berdua berjanji akan menjelaskan perkara tersebut dalam tempoh 7 hari. Tak tahu apakah bala yang mendatang.

Cuma orang-orang UMNO BN menunggu berita samada menteri berkenaan akan disenaraikan semula sebagai calon boleh menang atau winnable candidate bagi UMNO BN dalam pilihan raya akan datang ini. Tatapi sudah menjadi amalan UMNO kalau orangnya ada sesuatu skandal atau kes mereka tetap boleh hidup dan bernafas selagi beliau menggunakan talian hayat UMNO. Liha saja Shahrizat, kalah di Parlimen Lembah Pantai tetap dilantik sebagai Senator dan terus memegang jawatan Menteri. Dalam pilihan raya akan datang beliau tetap boleh bernafas lagi maka putehlah biji mata Dato Kamalia Ibrahim (Janganlah ambil hati Dato- bergurau).

Ada mata pandang, ada telinga dengar. Tunggu.

No comments:

Post a Comment